Surah 48. Ayat 29.
Surah Al-Fath
Nabi
Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama
dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang
(memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan
sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat
rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan
mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka
(sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan
sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang
tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil
pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang
mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu
menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas
(pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang
menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan
pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu)
kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan
marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan
selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal
soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. / (29)
Comments
Post a Comment